Rasanya dah beberapa hari aku tak kemaskini blog aku ni…macam biasa la..asyik sibuk memanjang…lagipun baru-baru ni aku tak berapa sihat..biasa la keadaan cuaca sekarang yang terlalu panas…
Mula-mula tu aku cuma rasa lenguh-lenguh kat bahagian tangan kiri…Aku mcm pelik gak sebab takde la angkat benda-benda yang berat..ataupun terlibat dengan aktiviti lasak..cuma ada la beberapa kali aku cuba2 aktiviti memanah..tu pun lepas mendapat tunjuk ajar dari Jurulatih Sekolah..hehe
Erm..pastu aku ingatkan maybe sebab aku drive jarak jauh setiap minggu..ingatkan sehari dua ok la.so, tak la pegi klinik...pastu lepas 3 hari pun masih sakit lagi..Kali ni siap lenguh-lenguh tangan sampai sakit kat area dada & hati…Aku cuak gak la..ada satu malam tu, aku tak leh nak tido sebab sakit yang teramat sangat..tak boleh nak bergerak langsung..bila baring jer, sakit sangat…so, terpaksa la tido dalam keadaan duduk…seksanya..Bila sakit sangat, mula la terfikir macam..kot2 jantung ada masalah ker..pastu ingat mati dan macam-macam la yang seangkatan dengannya…
So, keesokannya lepas habis waktu sekolah, aku terus pegi Hospital Dungun untuk buat medical check up..Bila pegi hospital kerajaan ni, faham-faham jer la…Tunggu giliran lama sangat..Lebih kurang sejam lebih gak la..Tapi nasib baik nurse kat situ macam friendly…Aku siap request nak doctor perempuan…hehe..Masa tengah tunggu turn tu, aku rasa takut sangat..macam-macam ada dlm kepala ni…aku berdoa supaya tak de apa-apa yang serius..huhu..
Finally, tiba gak giliran aku…Doktor perempuan yang aku tak tau nama dia (sebab dia tak pakai name tag) layan aku dengan baik..hehe..dia check seluruh badan aku..pastu dia cakap jantung ok..yang lain-lain pun ok..Cuma aku mengalami “radang rusuk”…doctor tu cakap lagi yang benda ni tak serius mana..Alhamdulillah…Aku syukur sangat-sangat..hehe..pastu aku Tanya la doctor tu kenapa boleh kena..dia pun explain la kat aku dengan panjang lebar….pastu dia bagi aku ubat tahan sakit + krim untuk sapu kat bahagian yang sakit tu…
After 2 days, aku dah tak sakit lagi…then, aku dapat tido lena…..:)….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan