Isnin, 22 Mac 2010

@ Mesra Mall




Hari Ahad yang lalu, aku & housemates pi jln2 kat Mesra Mall, Kerteh..tu ja yang terdekat ngan area umh sewa aku..actually,tmpt tu biasa ja..tak la besar sgt..rasanya ALOR STAR MALL tu lg besar dari Mesra Mall nih..hehe..dh byk kali aku pi tmpt nih..aku pi sini sebab nk cari barang..aritu masa cuti, aku pegi KB Mall, aku ada la suka ngan satu handbag ni..pastu aku nk bli la..tp taknak yg display pny..hehe..tp kecewa sgt sbb itu adalah yg terakhir..dh takde stock...mula2 ingt nk amik yg display tu..belek punya belek, ada la kecacatan sket..so, tak jadik la beli..so, bila hari ahad tu, tergerak nk pi cari handbag yang sama kat Mesra Mall..so, lps sekolah, aku ajak housemates aku p sana..hehe..semangat...lgpun aku sgt memerlukan handbag sbb aku dh bohsan sgt2 ngan handbag2 yang sedia ada...lagi satu tujuan aku ke sana sbb nk cari novel..aku ni kan peminat novel..hehe..kat sana ada POPULAR..dan kat situ ada byk buku..tak mcm kedai2 buku kat area Dungun ni..tak byk choice..pastu semua novel lama..jarang ada yg terkini..
masa mula2 smp tu, tempat pertama yg kitaorang tuju adalah food court..hehe..lapar babe...makanan kat situ ok la jgk..aku makan sizzling chicken black pepper+egg..
dan harga makanan kat situ aku rasa sgt mahal kalo nk bandingkan dengan harga makanan kt food court KLCC, Midvalley...hehehe..mungkin sbb kat area tu dipenuhi oleh golongan2 engineer petronas, YTL, dll...so, sbb tu mahal la kot..kat situ kan kaw perindustrian minyak + gas...hehehehe..tp tak kisah la..janji perut aku kenyang..hehehe..
mission aku utk aritu tercapai..aku dpt bli handbag walaupun tak sama dengan handbag yang aku berkenan masa kt KB mall...kat Mesra Mall pn takde stock la handbag tuh..huhu..dan aku jgk bli novel yg dicari2 sejak 2 minggu lps..hehe..

Isnin, 8 Mac 2010

KARAKTER MENGIKUT JENIS DARAH

Aku cuba kuiz ni dari facebook..SAJA SUKA-SUKA..hehe..erm..aku ni berdarah jenis A+..
So, ini adalah huraian karakter orang yang berdarah A..


•Orang dengan golongan darah A memiliki kekuatan karakter yang mengakar kuat yang akan membantu mereka untuk tetap tenang dalam krisis ketika semua orang panik menghadapi situasi serupa.
•Mereka cenderung menghindari konfrontasi, dan sesungguhnya kurang nyaman berada di antara orang banyak.
•Mereka biasanya pemalu dan terkadang suka mengasingkan diri. Mereka mencari keharmonisan dan sangat sopan, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah benar-benar cocok dengan orang lain.
•Mereka sangat bertanggung jawab. Jika ada pekerjaan yang harus diselesaikan, mereka lebih suka mengerjakannya sendiri.
•Orang-orang dengan golongan darah ini selalu mengukir sukses dan sangat perfeksionis. Mereka juga sangat kreatif, dan paling artistik di antara semua golongan darah yang ada karena kesensitifan mereka.

(aku dapat dari facebook)

Ahad, 7 Mac 2010

AZAN

Semasa cuti sempena Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu yang lalu, aku berkesempatan mengikut kakak aku & rakan-rakannya ke Sempadan Malaysia - Thailand..hehe..Agenda utama adalah jalan-jalan menghabiskan duit..hehehe..yaka???hehehe…Biasanya kalo sebut pi sempadan mesti orang cakap nk pi menikah..hahaha…padahal macam-macam la bleh buat kat sempadan tuh..paling best shopping la..harga barang pn ok la jugak..Bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi..
So, kami pusing-pusing kat situ sampai petang..Tak ramai orang pun kat sana..Kebanyakkannya pelawat2 yang datang dari Terengganu…mungkin hanya rakyat Terengganu sahaja yang bercuti pada hari tersebut..hehehe…
Kemudian sebelum nak balik tu, aku sempat singgah satu pasaraya yang ada kat pekan tu untuk beli minuman..semasa tiba giliran nak bayar, tetiba azan Asar berkumandang..Sebaik dengar je azan, terus muzik pun diberhentikan dan pada masa yang sama juruwang yang sedang mengira terus menghentikan aktivitinya dan terus meletakkan papan nota bertulis:-
AZAN
Anda akan dilayan sebentar lagi.
Terima Kasih kerana sabar menunggu.

Terbit rasa kagum dengan pasaraya tersebut yang begitu menghormati azan..Ini kali pertama aku lihat pasaraya yang menghentikan urusan perniagaan buat seketika demi memberi laluan kepada azan..Sebelum tak pernah lagi aku tengok situasi yang sama di mana2 pasaraya di Terengganu mahupun di negeri-negeri lain..(mungkin ada juga yang buat macam tu tapi aku tak berkesempatan tengok dengan mata sendiri…sehinggalah aku berada di pekan kecil di negeri Kelantan ni)…Selesai azan, urusniaga pun berjalan seperti biasa dan muzik mula berkumandang memenuhi ruang pasaraya tersebut..

Isnin, 1 Mac 2010

JAGA KESIHATAN DIRI SENDIRI

Rasanya dah beberapa hari aku tak kemaskini blog aku ni…macam biasa la..asyik sibuk memanjang…lagipun baru-baru ni aku tak berapa sihat..biasa la keadaan cuaca sekarang yang terlalu panas…
Mula-mula tu aku cuma rasa lenguh-lenguh kat bahagian tangan kiri…Aku mcm pelik gak sebab takde la angkat benda-benda yang berat..ataupun terlibat dengan aktiviti lasak..cuma ada la beberapa kali aku cuba2 aktiviti memanah..tu pun lepas mendapat tunjuk ajar dari Jurulatih Sekolah..hehe
Erm..pastu aku ingatkan maybe sebab aku drive jarak jauh setiap minggu..ingatkan sehari dua ok la.so, tak la pegi klinik...pastu lepas 3 hari pun masih sakit lagi..Kali ni siap lenguh-lenguh tangan sampai sakit kat area dada & hati…Aku cuak gak la..ada satu malam tu, aku tak leh nak tido sebab sakit yang teramat sangat..tak boleh nak bergerak langsung..bila baring jer, sakit sangat…so, terpaksa la tido dalam keadaan duduk…seksanya..Bila sakit sangat, mula la terfikir macam..kot2 jantung ada masalah ker..pastu ingat mati dan macam-macam la yang seangkatan dengannya…
So, keesokannya lepas habis waktu sekolah, aku terus pegi Hospital Dungun untuk buat medical check up..Bila pegi hospital kerajaan ni, faham-faham jer la…Tunggu giliran lama sangat..Lebih kurang sejam lebih gak la..Tapi nasib baik nurse kat situ macam friendly…Aku siap request nak doctor perempuan…hehe..Masa tengah tunggu turn tu, aku rasa takut sangat..macam-macam ada dlm kepala ni…aku berdoa supaya tak de apa-apa yang serius..huhu..
Finally, tiba gak giliran aku…Doktor perempuan yang aku tak tau nama dia (sebab dia tak pakai name tag) layan aku dengan baik..hehe..dia check seluruh badan aku..pastu dia cakap jantung ok..yang lain-lain pun ok..Cuma aku mengalami “radang rusuk”…doctor tu cakap lagi yang benda ni tak serius mana..Alhamdulillah…Aku syukur sangat-sangat..hehe..pastu aku Tanya la doctor tu kenapa boleh kena..dia pun explain la kat aku dengan panjang lebar….pastu dia bagi aku ubat tahan sakit + krim untuk sapu kat bahagian yang sakit tu…
After 2 days, aku dah tak sakit lagi…then, aku dapat tido lena…..:)….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...