Ahad, 7 Mac 2010

AZAN

Semasa cuti sempena Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu yang lalu, aku berkesempatan mengikut kakak aku & rakan-rakannya ke Sempadan Malaysia - Thailand..hehe..Agenda utama adalah jalan-jalan menghabiskan duit..hehehe..yaka???hehehe…Biasanya kalo sebut pi sempadan mesti orang cakap nk pi menikah..hahaha…padahal macam-macam la bleh buat kat sempadan tuh..paling best shopping la..harga barang pn ok la jugak..Bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih dan sampai lebih kurang pukul 11 pagi..
So, kami pusing-pusing kat situ sampai petang..Tak ramai orang pun kat sana..Kebanyakkannya pelawat2 yang datang dari Terengganu…mungkin hanya rakyat Terengganu sahaja yang bercuti pada hari tersebut..hehehe…
Kemudian sebelum nak balik tu, aku sempat singgah satu pasaraya yang ada kat pekan tu untuk beli minuman..semasa tiba giliran nak bayar, tetiba azan Asar berkumandang..Sebaik dengar je azan, terus muzik pun diberhentikan dan pada masa yang sama juruwang yang sedang mengira terus menghentikan aktivitinya dan terus meletakkan papan nota bertulis:-
AZAN
Anda akan dilayan sebentar lagi.
Terima Kasih kerana sabar menunggu.

Terbit rasa kagum dengan pasaraya tersebut yang begitu menghormati azan..Ini kali pertama aku lihat pasaraya yang menghentikan urusan perniagaan buat seketika demi memberi laluan kepada azan..Sebelum tak pernah lagi aku tengok situasi yang sama di mana2 pasaraya di Terengganu mahupun di negeri-negeri lain..(mungkin ada juga yang buat macam tu tapi aku tak berkesempatan tengok dengan mata sendiri…sehinggalah aku berada di pekan kecil di negeri Kelantan ni)…Selesai azan, urusniaga pun berjalan seperti biasa dan muzik mula berkumandang memenuhi ruang pasaraya tersebut..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...