Selasa, 11 September 2012

Best Of Luck UPSRians!!!!!

Esok bermula la peperiksaan penting yakni UPSR bagi semua murid TAHUN 6 seluruh Malaysia..termasuklah my beloved NEPHEW iaitu Azam Raiden (bukan nama sebenar)..hehehehe..

so,here kat sini saya nak ucapkan "ALL DA BEST" utk adik-adik yang akan menduduki UPSR bermula esok hingga khamis..

Dan khas buat anak saudaraku yang dikasihi,
#all da best ya..
#baca doa dan bismillah sebelum menjawab soalan..
#baca soalan dgn teliti..jgn gopoh2 tau..
#semak jawapan tu..pastikan jawab semua soalan..
#yang paling utama, JGN TINGGAL SOLAT tau..

WE ALWAYS PRAY FOR YOUR SUCCESS....:)

lots of love,
Tok, Mama, Ayah
Angah, Alang
Anjang, Andak
Acik, Ushu

Ahad, 9 September 2012

Fenomena Adam Mukhriz & Ain Hawani..;)

Penghujung Ogos yang lalu, kebanyakkan remaja perempuan & kaum wanita terutamanya telah di landa fenomena drama ADAM HAWA...hehehe..termasuklah me..hehe..bukan apa..sbb ada my feveret actor & actress yg berlakon dlm drama ADAM HAWA ni...hehehe.plus ADAM HAWA ni used to be one of my feveret novel tau..first time baca novel nih masa zaman study kat 'The Garden Of Knowledge & Virtue' a.k.a IIUM dlu..hehehe..memang terus falling in love la dgn watak hero dlm novel tuh..hehe..heronya PILOT tu..teruja kejap..hehehe..stakat dlm mimpi bleh la nak berangan-angan dpt PILOT...kalo dlm realiti, ku hanya mampu beli PEN PILOT jer..huhu...

ni novel ADAM HAWA hasil karya AISYA SOFEA (also my feveret novelis)

yang kat  bawah ni plak poster drama ADAM & HAWA..;)
so sweet kan..;)

ni  plak sinopsis citer tu :

Mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah terpaksa menamatkan zaman gadisnya kerana telah ditangkap khalwat bersama Adam (Aaron Aziz), seorang PILOT yang kacak dan terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik  Kak Zah iaitu kakak kepada Adam. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan yang berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Ain kecewa  dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam dalam hidupnya. Ain kemudian pulang ke kampungnya di Melaka. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Dia beranggapan bahawa ikatan yg mengikat mereka sudah terputus...namun hakikatnya mereka masih lagi suami isteri yang sah...pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi Adam dlm memenangi hati Hawanya..

nak tau lebih lanjut, baca la novel dia ek..atau jgn miss tgk drama tu ek...
BEST tau....hehehe...
(tak larat nak taip dah...)
...........................................................................................................................

btw,walaupun pada mulanya ramai yg tak suka & kutuk2 my feveret actress ni, tapi nak buat camner..mulut orang bkn bleh tutup pun..yang penting i suka tgk si nadiya nisa yg comel tu pny lakonan..if dia tak bagus, mesti org tak amik dia jd heroin kan..actually, she's a good actress tau..tgk la watak dia dlm filem CUN...sempoi...sweet jer dia bwk watak MANEH tu..hehehe..;)

OST Adam & Hawa : MUARA HATI

MUARA HATI
by
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

(chorus)
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

 Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

(ulang chorus)

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta.......


credit to: youtube

Jumaat, 13 Julai 2012

13 Julai..:)

Alhamdulillah..hari ini 13 julai 2012..genap 2* usia saya..bersyukur sangat2 kerana masih diberi peluang bernafas untuk beribadat dan menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..
terima kasih kepada semua atas ucapan dan ingatan kalian terhadap saya...saya sangat2 menghargainya.:)

dan hari ini ahli keluarga membelikan kek kesukaan saya iaitu chocolate indulgence cake from secret recipe...weeeee...i like it......hehehehe..thanks bro-in-law for the yummy yummy yummylicious cake...

Ahad, 1 Julai 2012

Kerja Amal Di Hari Minggu

Hi blog..
Erm..sabtu lepas, aku dan sepupu telah join satu aktiviti yang dianjurkan oleh PPEOC-Northern..Actually we were invited by our aunty..hehehe..so, dari takde buat pape di hari minggu, we decided to join our aunty..aunty kiteorang ni memang super duper aktif dgn aktiviti kelab kereta yang dia join...PPEOC ni nama kelab kereta tu la...mcm2 aktiviti yang kelab ni slalu buat..dan ini merupakan kali pertama aku join benda2 camni..and i really had lots of fun by joining this event..mmg enjoy la..plus dpt knal dgn kwn2 baru..

so, sabtu lepas, aku join kelab ni berkonvoi dari alor setar ke kuala nerang..kami ke sana utk beramal bakti kat salah sebuah pusat jagaan anak2 yatim dan anak2 miskin di kuala nerang..konvoi kami ni telah diiringi oleh kereta peronda polis bersama beberapa orang polis trafik..rasa mcm VVIP plak bila semua kenderaan memberi laluan kepada kumpulan konvoi kami yang terdiri drpd 90 buah kereta proton persona, perodua myvi & viva..



 kumpul kat dataran alor setar sebelum dan selepas konvoi...;)
masa kat rumah jagaan, kelab ada buat pelbagai aktiviti dengan adik2 kat sana...dan dapat lihat la kegembiraan di wajah adik2 yang comel tuh..dan masa kat sana kami disambut dengan meriah oleh pentadbir, petugas dan adik2 rumah jagaan ni...
ni antara aktiviti yang dibuat untuk hiburkan adik2 kat pusat jagaan mahabbah ni







Isnin, 28 Mei 2012

Keretapi + Jakun = Book Fair..;)

Hai belog...hehe..mesti tak faham dengan tajuk entri tu kan...
Erm..minggu lepas, aku pegi KL..saje jalan2 habiskan duit..hehe..
Ekceli, aku ke sana dgn sepupu aku...kami nak pegi KL International Book Fair...gila bersemangat kan..
Memborong novel2 yg best kat sana..hehe..
So, kitaorang decided pegi sana khamis malam...
Dan kali ni kami berdua plan nak naik keretapi..hehe
If nak tau, kami berdua ni mmg tak penah pun naik tren..so, agak jakun la ms mula2 sampai kat railway station tuh...dalam tiket, keretapi akan bertolak ke KL jam 7.47 mlm..so, by 7 pm, kami berdua dh terpacak kat station...sebelum tu sempat jgk la tapau KFC..hehehe..erm..ramai gila orang kat  station..mcm2 ragam...yg berbaju kurung..berjubah..berkopiah lebai semua ada...hehehe..dan keadaan kt station mmg agak kurang selesa la..station tu buruk jgk la..hehe..sorry to say la...
pastu dlm pkl 8pm baru tren sampai...dan yang kelakar tu, kami terpaksa berlari2 anak kearah pintu gerabak yg agak jauh la dari tempat kami berdiri...kami kna cepat2 sebab tren hanya stop selama 5 minit ja kot..dah mcm dalm citer hindustan yg kejar2 naik tren tuh...hehehe..penat jugak la berlari dgn  beg galas yang tak berapa berat tuh..hehehe
Masa dalam tren, suasana..huhu...bising gila...ada bdk2 muda yg sembang memang tak ingat dunia la tahap kebisingan tuh..huhuhu..
tempat duduk kami pun ok la...aircond dia tak yah ckp arh..bapak sejuk..menggigil aku...huhu
ni la seat kiteorang...sempit kan..rasanya seat bas ekpress lagi besar kot dari ni,...hehe...
tapi apapun mmg kejakunan kami berdua yang mmg TAK PERNAH NAIK KERETAPI sebelum nih..hehe
***terserlah muka kejakunan kami kan***..;p

dan ini plak novel-novel yang telah diborong...hehehe

kami checked in kt sini...hehehe

Khamis, 19 April 2012

Surat Untuk Belog Saya....

Assalamualaikum...
hai blog...
sorry lama tak update..huhu
erm..nak tau ker naper lama tak update..
erm..sibuk la blog...byk keje...cewah..
erm...bkn la byk keje sgt pun..
tapi takde internet la...dulu kat rumah mommy ada streamyx...bleh la slalu update..
tp bila dh pindah, takde la...blk umah mommy pun seminggu sekali...tp jarang dah nk update....
padahal buka takde citer..ade je citer nk tulis...tp taktau la..naper la saya tak update yer...
malas sokmo nok update..hehehe..

Ahad, 1 Januari 2012

Welcome 2012

Assalamualaikum

alhamdulillah..

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan utk menjenguk 2012 dan peluang untuk bernafas pada tahun yang seterusnya untuk bertaubat kepada Mu Ya ALLAH dan menggunakan kesempatan yang diberi ini untuk meninggalkan kejahilan dan kelalaian dan mendekatkan diri kepada Mu..



bila tiba tahun baru, semua orang akan bercakap tentang AZAM baru..pastu berderet-deret WISHLIST..hehehe..tapi aku mcm biasa..takde nya nk buat wishlist berderet-deret...sebab bagi aku tak payah tunggu tahun baru untuk berAZAM..haha..sbb bagi aku, kalo kita nak capai sesuatu, kita haruslah sentiasa berusaha utk ke arah itu...kan...kan.hehehe..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...