Ahad, 9 September 2012

Fenomena Adam Mukhriz & Ain Hawani..;)

Penghujung Ogos yang lalu, kebanyakkan remaja perempuan & kaum wanita terutamanya telah di landa fenomena drama ADAM HAWA...hehehe..termasuklah me..hehe..bukan apa..sbb ada my feveret actor & actress yg berlakon dlm drama ADAM HAWA ni...hehehe.plus ADAM HAWA ni used to be one of my feveret novel tau..first time baca novel nih masa zaman study kat 'The Garden Of Knowledge & Virtue' a.k.a IIUM dlu..hehehe..memang terus falling in love la dgn watak hero dlm novel tuh..hehe..heronya PILOT tu..teruja kejap..hehehe..stakat dlm mimpi bleh la nak berangan-angan dpt PILOT...kalo dlm realiti, ku hanya mampu beli PEN PILOT jer..huhu...

ni novel ADAM HAWA hasil karya AISYA SOFEA (also my feveret novelis)

yang kat  bawah ni plak poster drama ADAM & HAWA..;)
so sweet kan..;)

ni  plak sinopsis citer tu :

Mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah terpaksa menamatkan zaman gadisnya kerana telah ditangkap khalwat bersama Adam (Aaron Aziz), seorang PILOT yang kacak dan terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik  Kak Zah iaitu kakak kepada Adam. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan yang berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Ain kecewa  dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam dalam hidupnya. Ain kemudian pulang ke kampungnya di Melaka. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Dia beranggapan bahawa ikatan yg mengikat mereka sudah terputus...namun hakikatnya mereka masih lagi suami isteri yang sah...pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi Adam dlm memenangi hati Hawanya..

nak tau lebih lanjut, baca la novel dia ek..atau jgn miss tgk drama tu ek...
BEST tau....hehehe...
(tak larat nak taip dah...)
...........................................................................................................................

btw,walaupun pada mulanya ramai yg tak suka & kutuk2 my feveret actress ni, tapi nak buat camner..mulut orang bkn bleh tutup pun..yang penting i suka tgk si nadiya nisa yg comel tu pny lakonan..if dia tak bagus, mesti org tak amik dia jd heroin kan..actually, she's a good actress tau..tgk la watak dia dlm filem CUN...sempoi...sweet jer dia bwk watak MANEH tu..hehehe..;)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...