Selasa, 11 September 2012

Best Of Luck UPSRians!!!!!

Esok bermula la peperiksaan penting yakni UPSR bagi semua murid TAHUN 6 seluruh Malaysia..termasuklah my beloved NEPHEW iaitu Azam Raiden (bukan nama sebenar)..hehehehe..

so,here kat sini saya nak ucapkan "ALL DA BEST" utk adik-adik yang akan menduduki UPSR bermula esok hingga khamis..

Dan khas buat anak saudaraku yang dikasihi,
#all da best ya..
#baca doa dan bismillah sebelum menjawab soalan..
#baca soalan dgn teliti..jgn gopoh2 tau..
#semak jawapan tu..pastikan jawab semua soalan..
#yang paling utama, JGN TINGGAL SOLAT tau..

WE ALWAYS PRAY FOR YOUR SUCCESS....:)

lots of love,
Tok, Mama, Ayah
Angah, Alang
Anjang, Andak
Acik, Ushu

Ahad, 9 September 2012

Fenomena Adam Mukhriz & Ain Hawani..;)

Penghujung Ogos yang lalu, kebanyakkan remaja perempuan & kaum wanita terutamanya telah di landa fenomena drama ADAM HAWA...hehehe..termasuklah me..hehe..bukan apa..sbb ada my feveret actor & actress yg berlakon dlm drama ADAM HAWA ni...hehehe.plus ADAM HAWA ni used to be one of my feveret novel tau..first time baca novel nih masa zaman study kat 'The Garden Of Knowledge & Virtue' a.k.a IIUM dlu..hehehe..memang terus falling in love la dgn watak hero dlm novel tuh..hehe..heronya PILOT tu..teruja kejap..hehehe..stakat dlm mimpi bleh la nak berangan-angan dpt PILOT...kalo dlm realiti, ku hanya mampu beli PEN PILOT jer..huhu...

ni novel ADAM HAWA hasil karya AISYA SOFEA (also my feveret novelis)

yang kat  bawah ni plak poster drama ADAM & HAWA..;)
so sweet kan..;)

ni  plak sinopsis citer tu :

Mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah terpaksa menamatkan zaman gadisnya kerana telah ditangkap khalwat bersama Adam (Aaron Aziz), seorang PILOT yang kacak dan terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik  Kak Zah iaitu kakak kepada Adam. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan yang berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Ain kecewa  dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam dalam hidupnya. Ain kemudian pulang ke kampungnya di Melaka. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Dia beranggapan bahawa ikatan yg mengikat mereka sudah terputus...namun hakikatnya mereka masih lagi suami isteri yang sah...pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi Adam dlm memenangi hati Hawanya..

nak tau lebih lanjut, baca la novel dia ek..atau jgn miss tgk drama tu ek...
BEST tau....hehehe...
(tak larat nak taip dah...)
...........................................................................................................................

btw,walaupun pada mulanya ramai yg tak suka & kutuk2 my feveret actress ni, tapi nak buat camner..mulut orang bkn bleh tutup pun..yang penting i suka tgk si nadiya nisa yg comel tu pny lakonan..if dia tak bagus, mesti org tak amik dia jd heroin kan..actually, she's a good actress tau..tgk la watak dia dlm filem CUN...sempoi...sweet jer dia bwk watak MANEH tu..hehehe..;)

OST Adam & Hawa : MUARA HATI

MUARA HATI
by
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

(chorus)
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

 Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

(ulang chorus)

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta.......


credit to: youtube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...