Ahad, 26 Julai 2009

SMSD DITUTUP...huhuhuhu...

KUALA TERENGGANU 26 Julai - Sekolah Menengah Sains Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini selepas pelajar berkenaan disyaki menghidapi wabak influenza A(H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A.Rahman Mokhtar berkata, sebanyak 13 kes pelajar yang mempunyai simptom penyakit itu dikesan di sekolah berkenaan manakala 10 lagi di asrama tersebut.

“Oleh demikian, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar asrama dikehendaki pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin turut menerima nasib sama. - Bernama

4 ulasan:

aRiFF hAFIZi berkata...

exstudent smsd ke??

Ceritera Azura berkata...

aRiFF hAFIZi,
sorry..not X-Student..but i'm working there..hehehe.
erm..thanks ya for visiting my blog...

aRiFF hAFIZi berkata...

working at smsd?? who's dis?? i did browse over ur previous post. "turun main tennis ngn sensei, yati..."

hmmm... spe nie?? cg kontrak ke?
tgk cre tulis nmpak cm sorg wanita...
men tennis... hmmm spe ek??

zura_kav?? spe??

Ceritera Azura berkata...

u noe who i am..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...