Sabtu, 10 September 2011

Cerita Raya

Aktiviti saya sepanjang minggu pertama raya...

Raya 1 : Menunaikan solat sunat hari raya di masjid kampung saya yang terchenta...lepas solat & khutbah raya, ada majlis tahlil di masjid yang sama...kemudian, menziarahi pusara allahyarham ayahanda saya yang dikasihi.....then, balik ke rumah...lepas tu, ada sesi bergambar tapi kejap je sbb ada ramai tetamu datang beraya especially kanak2 ribena..hehehe...bila tetamu dah berkurangan, kami sekeluarga  pergi beraya ke rumah jiran tetangga....hehehehe....sblh petang, saya membawa emak beraya ke rumah emak saudara sebelah ayah di Kg Tembak, Kuala Ketil...sebelah malam pula, saya membawa emak pulang ke kampungnya di Felda Teloi Kanan...seperti tahun2 sebelum ni, menjadi satu kemestian bagi kami dan keluarga yang lain pulang bermalam pada malam hari raya pertama...

Raya 2: Menziarahi pusara tok wan, tok & tok nek...sebelah petang kami balik ke rumah kami pulak...malam raya ke 2 di rumah kami agak meriah kerana keluarga Mak Teh, Pak Ndak & Mak Njang datang beraya dan bermalam di rumah kami...best tau...budak2 pun riang ria bermain main bunga api...manakala saya, kakak & abang ipar sibuk menyiapkan hantaran untuk majlis pertunangan adik lelaki saya yang akan berlangsung pada hari raya ke 3....

Raya 3: agak sibuk & kelam kabut...sibuk menyiapkan juadah...sambil2 tu touch up hantaran..hehehe...sblm bertolak ke rumah keluarga pihak perempuan, rumah kami dikunjungi oleh ramai saudara mara yang lain..saudara mara yang tak pernah datang pun datang beraya pada tahun ni...alhamdulillah...syukur...suka sgt dgn suasana mcm ni....mcm reunion ahli keluarga dan kaum kerabat...hehehehe...

Raya 4:..Bawa emak melawat Mak Tam (Emak saudara sebelah ayah)...dia sakit...tak mampu nak bergerak kerana badannya terlalu lemah...sedih & simpati tengok keadaan dia macam tu....semoga Mak Tam akan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala...amin...

Raya 5:.Anak2 sedara ajak tgk wayang..so, kami menonton wayang bersama beberapa orang sepupu saya di Alor Setar...kami tgk filem "HANTU BOCENG"...Well, aku taknak review filem tu dlm entri ni..hehe...maybe next entry..tu pun kalo rajin...hikhik..apapun filem ni best la jgk...hehehe..
Raya 6: pegi pejabat customer services umh ambangan...buat report psl kerosakkan tembok umah...then, pegi lunch kat KFC...pastu pegi amik my elder sister kat bengkel kereta...

that's all bout my raya for this year..hehehe...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...